Sejarah mencatatkan, para sahabat banyak belajar berkenaan masalah agama dan hukum fikah daripada Aisyah. Ini kerana, pengetahuannya sangat luas dalam bidang itu. Aisyah menjadi sumber yang tidak diragukan dalam bidang ilmu pengetahuan, masalah agama serta Quran dan sunah. Di samping itu, beliau diketahui sangat berhati-hati semasa mengulas sebarang masalah peribadi. Di samping mengetahui banya…